Thursday, November 13, 2014

Krim Kulit Sensitif Untuk Ibu Mengandung yang Mengutamakan Kecantikan

Assalamualaikum para ibu hamil yang cantik sekalian :)

Tahniah, kerana anda sedang mengandungkan cahayamata dari syurga! Seringkali bila kita mengandung, perkara pertama yang mesti kita berjaga-jaga adalah pendedahan diri terhadap bahan-bahan kimia berbahaya. Betul, kan?

Kita ibu-ibu yang mengandung juga tidak lekang dari menjaga kecantikan. Menjada kecantikan tidak bermakna bersolek setiap masa, tetapi sudutnya sangat luas. Pemakaian krim kulit setiap hari turut dikategorikan sebagai menjaga kecantikan. Adakah kerana anda mengandung, anda membiarkan segala rutin yang dahulunya kita jaga begitu sahaja? Tidak, bukan?

Permasalahan dilemma saya terjawab, iaitu :

1. Saya ingin mencari krim kulit yang selamat digunakan oleh ibu mengandung yang tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

2. Krim kulit itu tidak membuatkan kulit saya yang sensitif sewaktu mengandung ini merah-merah dan gatal-gatal.

3. Krim kulit ini tidak melekit kerana sewaktu mengandung, saya tidak suka dengan benda yang melekit-lekit ada di kulit saya.

Oh, fahamilah para suami, apabila mengandung, kami isterimu memang banyak ragamnya! Contoh yang ketara seperti di atas lah :)

Dan, kini saya dah jumpa dengan krim kulit idaman saya yang sangat-sangat sesuai dipakai sewaktu mengandung yang memenuhi semua kriteria di atas, syukur! 


Kenapa krim Herbalblend ini menarik hati saya?


Pertama kali mencuba, memang saya jatuh hati dengan krim herbalblend ini. Bila disapu di atas kulit, tiada rasa melekit, ya kriteria saya sudah lepas! 


Herbalblend yang sedap di pakai


Kemudian, ada sedikit rasa menthol yang membuatkan kulit terasa sedap disapu krim ini. Rasa seperti seronok membelai kulit sendiri :) Baunya juga saya suka, ia tidak wangi seperti minyak wangi tau, entah kenapa saya kurang dapat terima bau minyak wangi ketika mengandung, tetapi krim ini ada bau herba yang nipis yang tersendiri yang boleh diterima hidung saya kerana baunya menenangkan saya :)

Wah, ibu mengandung mesti suka kerana yang paling utama, krim kulit herbalblend ni adalah yang selamat digunakan oleh bayi, bermaksud kandungannya juga memang sesuai untuk kulit sensitif ibu mengandung :)

Di manakah bahagian kulit yang saya guna untuk menyapu herbalblend ni?

Saya sapu herbalbelnd pada tapak tangan saya sedikit di waktu malam.

Kemudian saya sapu di siku dan tumit kaki saya.

Saya juga sapu di bahagian perut saya yang kemerahan ini.

Saya juga menggunakan krim kulit herbalblend ini untuk disapu atas tempat gigitan nyamuk.

Memang best sangat bawak travel, sebab bila pening, saya hanya sapu di bahagian kulit saya dan saya akan hidu kulit saya ini yang berbau herbalblend yang menenangkan ni :)

Jom, ibu ibu mengandung yang ada perasaan yang sama dengan saya, kita bertukar kepada krim kulit yang jauh lebih selamat berbanding krim lain yang mengandungi pewangi sintetik dan bahan-bahan kimia yang membahayakan yang boleh diserap masuk ke dalam kulit kita! Oh, sangat kesian kan anak yang kita kandung ni terkena pendedahan bahan kimia yang berbahaya dari kita sendiri?

Untuk membaca kandungan herbalblend ini, boleh dibaca di sini, ya :) Klik saja ayat ni kita baca bersama-sama.

Seronok sangat dapat jumpa krim ni, suami pegang pun terasa lembut kulit kita sama seperti sebelum mengandung, licin dan lembut.

Untuk dapatkan krim kulit selamat ni, saya ada stok yang disimpan di rumah untuk dikongsikan kebaikan dan keseronokan menggunakan krim ini kepada anda, ibu-ibu yang mengandung. Jangan lupa hubungi saya; Ainul Malik di talian 016-3353567 boleh sms atau whatsapp saja :)

Saya sedia membantu anda ibu-ibu mengandung yang gelisah mencari krim kulit yang selamat yang sesuai digunakan sewaktu mengandung ini :)


Jika best, kongsikan keseronokan anda bersama-sama dengan saya juga ya!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...